Tuesday 13 May 2014

Salam Perkenalan - Marisa Krunchy Nuts @ Puan Nor Hafizah Zakariah

Teks: Puan Nor Hafizah Zakariah
Foto: Puan Nor Hafizah Zakariah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah. Salam perkenalan kepada semua rakan suri di luar sana. Kini saya bersama keluarga besar Marisa Krunchy Nuts melangkah setapak lagi bersama Akademi Bekerja Di Rumah untuk mengembangkan sayap perniagaan kami dan juga menunaikan tanggungjawab sosial kami untuk membantu para suri menjana pendapatan dari rumah, menjana pendapatan sampingan atau apa saja yang mahu digelarkan...hanya bersama kami di Marisa Krunchy Nuts.

Oh ya...moleklah saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Puan Nor Hafizah Zakariah, ibu kepada 4 cahaya mata. Dilahirkan di Melaka dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Saya punya pengalaman selama 22 tahun bekerja dengan syarikat telekomunikasi multinasional dan banyak berurusan dengan kakitangan teknikal syarikat.

Alhamdulillah, dengan izinNya dan berkat sokongan yang tak berbelah bagi dari kaum keluarga , tanggal bulan March 2014, setelah 22 tahun bermajikan dan 6 bulan menjalankan bisnes secara sambilan, saya memberanikan diri untuk menjadi majikan kepada diri sendiri. Kini saya fokus sepenuhnya kepada bisnes kacang premium Marisa Krunchy Nuts.

Saya jemput rakan-rakan suri di luar sana untuk bersama saya memulakan langkah. Pedulikan kata-kata orang. Tiada langkah mula, maka tiada langkah seterusnya. Tiada langkah kecil, mana mungkin datangnya langkah besar!

Saya telah membuktikan bahawa bisnes sambilan membawa jalan kepada bisnes luar biasa.
Semua orang boleh lakukannya.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Azura Abdullah, Guru Online Akademi Bekerja Di Rumah yang saya temui dan kenali melalui kursus tajaan Cherie Blair Foundation dengan kerjasama Yayasan Pendidikan & Vokasional Wanita baru-baru ini.

Salam Ukhuwah dari saya!

No comments:

Post a Comment