Tuesday 13 May 2014

Habis Licin Kacang Marisa Krunchy Nuts

Teks: Puan Nor Hafizah Zakariah
Foto: Puan Nor Hafizah Zakariah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya baru sahaja balik dari Women Islamic Conference di Port Dickson. 

Pelbagai wanita dari 5 negara yang mempunyai pelbagai perniagaan berkumpul selama 5 hari.

Alhamdulillah Kacang Marisa Krunchy Nuts mendapat perhatian dan ada yang ingin memasarkan di negara mereka...
Apa kata mereka tentang kacang kami?
1. Sedap dan rangup
2. Segar (Fresh)
3. Berkualiti
4. Ramuan atau rempah yang disalut pada setiap kacang sangat sedap...

Sayangnya kami tidak bawa banyak stok. Hanya lebih kurang 12 paket yang beratnya 1/2 kilo setiap satu.. habis licin diborong oleh orang Brunei.

Alhamdulillah dan terima kasih diatas sokongan anda semua.


Jika berminat mahu menjadi ejen kami dan mendapatkan sampel, boleh terus hubungi kami ya.

Wassalam.

Salam Perkenalan - Marisa Krunchy Nuts @ Puan Nor Hafizah Zakariah

Teks: Puan Nor Hafizah Zakariah
Foto: Puan Nor Hafizah Zakariah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah. Salam perkenalan kepada semua rakan suri di luar sana. Kini saya bersama keluarga besar Marisa Krunchy Nuts melangkah setapak lagi bersama Akademi Bekerja Di Rumah untuk mengembangkan sayap perniagaan kami dan juga menunaikan tanggungjawab sosial kami untuk membantu para suri menjana pendapatan dari rumah, menjana pendapatan sampingan atau apa saja yang mahu digelarkan...hanya bersama kami di Marisa Krunchy Nuts.

Oh ya...moleklah saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Puan Nor Hafizah Zakariah, ibu kepada 4 cahaya mata. Dilahirkan di Melaka dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Saya punya pengalaman selama 22 tahun bekerja dengan syarikat telekomunikasi multinasional dan banyak berurusan dengan kakitangan teknikal syarikat.

Alhamdulillah, dengan izinNya dan berkat sokongan yang tak berbelah bagi dari kaum keluarga , tanggal bulan March 2014, setelah 22 tahun bermajikan dan 6 bulan menjalankan bisnes secara sambilan, saya memberanikan diri untuk menjadi majikan kepada diri sendiri. Kini saya fokus sepenuhnya kepada bisnes kacang premium Marisa Krunchy Nuts.

Saya jemput rakan-rakan suri di luar sana untuk bersama saya memulakan langkah. Pedulikan kata-kata orang. Tiada langkah mula, maka tiada langkah seterusnya. Tiada langkah kecil, mana mungkin datangnya langkah besar!

Saya telah membuktikan bahawa bisnes sambilan membawa jalan kepada bisnes luar biasa.
Semua orang boleh lakukannya.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Azura Abdullah, Guru Online Akademi Bekerja Di Rumah yang saya temui dan kenali melalui kursus tajaan Cherie Blair Foundation dengan kerjasama Yayasan Pendidikan & Vokasional Wanita baru-baru ini.

Salam Ukhuwah dari saya!